Friday, 7 March 2014

"Diberi kesempatan berdoa lebih baik daripada diberi sesuatu".


Berdoa adalah menyibukkan diri untuk mengingat Allah sehingga timbul dalam hati rasa pengagungan terhadap kebesaran Allah dan ingin kembali kepada-Nya berhenti dari maksiat. 

Sering mengetuk pintu mempunyai kesempatan besar untuk masuk, sehingga ada pepatah bahwa barangsiapa yang sering mengetuk pintu, maka suatu saat akan diberi izin masuk sehingga dikatakan:

"Diberi kesempatan berdoa lebih baik daripada diberi sesuatu".

tazkirah pagi jumaat

tazkirah pagi jumaat

*Janganlah kamu meminta kepada manusia, memintalah kepada Dzat yang pintu-Nya tidak pernah tertutup. Allah akan murka jika engkau tidak meminta-Nya, sementara manusia marah jika sering diminta.*

Doa*Tidak menjadi orang bodoh (jahil)*


Tidak menjadi orang bodoh (jahil):

 ÙˆَØ¥ِØ°ْ Ù‚َالَ Ù…ُوسَÙ‰ Ù„ِÙ‚َÙˆْÙ…ِÙ‡ِ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَØ£ْÙ…ُرُØ¢ُÙ…ْ Ø£َÙ†ْ تَØ°ْبَØ­ُوا بَÙ‚َرَØ©ً Ù‚َالُوا Ø£َتَتَّØ®ِØ°ُÙ†َا Ù‡ُزُÙˆًا Ù‚َالَ Ø£َعُوذُ بِاللَّÙ‡ِ Ø£َÙ†ْ Ø£َØ¢ُونَ Ù…ِÙ†َ الْجَاهِÙ„ِينَ ( ٦٧
 
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan Kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan Yang jahil (yang melakukan sesuatu Yang tidak patut)". (2:67)

*bile dok ingat bace bismillah sebelum makang*

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang dari engkau semua makan, maka hendaklah menyebutkan nama Allah Ta'ala - yakni mengucapkan Bismillah. Jikalau ia terlupa menyebutkan nama Allah Ta'ala pada permulaan makannya itu, maka hendaklah mengucapkan: "Bismillahi awwalahu wa akhirahu," ertinya: Dengan nama Allah pada permulaan makan dan pada penghabisannya.

*Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dari Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.*

Mari Berselawat Hari Ini

Dalam surah al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

*keutamaan berzikir*

*keutamaan berzikir*

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang itu masuk rumahnya, lalu ia berzikir kepada Allah di waktu masuknya dan ketika makannya, maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya: "Engkau semua tidak dapat memperolehi tempat bermalam serta makanan. Tetapi jikalau orang itu masuk lalu tidak berzikir kepada Allah Ta'ala ketika masuknya, maka syaitan berkata: "Engkau semua dapat memperolehi tempat bermalam." Selanjutnya jikalau orang tadi tidak pula berzikir kepada Allah Ta'ala ketika makannya, maka syaitan tadi berkata: "Engkau semua dapat memperolehi tempat bermalam serta makanan." (Riwayat Muslim)

*ORANG YANG MENGUCAPKAN SYAHADAT, PASTI MASUK SYURGA*

Fatwa AlQardhawi
*ORANG YANG MENGUCAPKAN SYAHADAT, PASTI MASUK SYURGA*
Pertanyaan:

Bagaimana hukumnya orang yang semasa hidupnya selalu mengerjakan maksiat, akan tetapi pada akhir hayatnya (ketika sakaratul maut) dia mengucapkan dua kalimat Syahadat?

Jawapan:

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

seterusnya

*Khas Untuk orang Miskin Yang Beriman*

sedikit renungan
*Khas Untuk orang Miskin Yang Beriman*

Dari Usamah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Saya berdiri di pintu syurga, tiba-tiba - saya lihat - kebanyakan orang yang memasukinya itu adalah orang-orang miskin, sedang orang-orang yang mempunyai kekayaan masih tertahan - belum lagi diizinkan untuk masuk syurga. Tetapi para ahli neraka sudah semua diperintahkan untuk masuk neraka. Saya juga berdiri di pintu neraka, tiba-tiba -saya lihat -kebanyakan para ahli neraka itu adalah kaum wanita." (Muttafaq 'alaih)

SEDIKIT rENUnGAn *hindarilah ARAK(KHAMR)*

SEDIKIT rENUnGAn

*"hindarilah ARAK(KHAMR),
kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa.

Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar.

Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."*

Thursday, 6 March 2014

orang misking yang sebenor-benornye

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

 "Bukannya orang miskin itu orang yang ditolak oleh orang lain ketika meminta sebiji atau dua biji kurma, atau ketika meminta sesuap atau dua suap makanan. Tetapi hanyasanya orang miskin yang sebenar-benarnya ialah orang yang enggan meminta-minta - sekalipun sebenarnya ia memerlukan." (Muttafaq 'alaih)*

*Keadaan di dalam syurga*

*Keadaan di dalam syurga*

Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dalam syurga itu para ahli syurga sama makan dan minum, tetapi mereka itu tidak membuang air besar, tidak berhingus dan tidak pula membuang air kecil, tetapi makanan yang sedemikian itu dapat pula keluar sendawa dan sebagaimana keringat yang keluar dari tubuhnya itu adalah berbau minyak kasturi.

Mereka diilhami untuk terus bertasbih serta bertakbir - kepada Allah - sebagaimana juga dikurniainya pernafasan tanpa kesukaran dalam kesemuanya itu." (Riwayat Muslim)

sedikit info pasal minyok wangi @ haruman

sedikit info pasal minyok wangi @ haruman
*Makruhnya Menolak Harum-haruman Tanpa Adanya Uzur *

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang ditawarkan kepadanya suatu harum-haruman maka janganlah ia menolaknya, sebab sesungguhnya harum-haruman itu ringan bawaannya serta harum baunya." (Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. tidak pernah menolak kalau ditawari harum-haruman. (Riwayat Bukhari)
Powered by Blogger.

 

© 2013 Pencinta ILMU dan Kuliah Ustaz Azhar Idrus. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top